ABSTRAK PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MPKTBR 1999

 
KANDUNGAN   1.  Penguasaan Sifir Di Kalangan Murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan 
     Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu
  2. Masalah Penguasaan kemahiran asas membaca murid tahun enam 
     Sekolah Kebangsaan Maras, 21030 Kuala Terengganu : Satu kajian Kes.
  3. Keberkesanan Tariqah Noor di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal 
      Abidin Kuala Terengganu
  4. Hubungan Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid tahun 6 Sekolah 
      Kebangsaan Ayer terjun, Jertih, Terengganu.
  5. Pengabungjalinan dan kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam pengajaran 
      sesuatu subjek.
  6. Keberkesanan Kaedah Pengajaran gabungan antara pendidikan jasmani dan 
      muzik secara kolaboratif ke atas murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan 
      Mengabang Telipot Kuala Terengganu.
  7. Kajian tentang kaedah penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik 
      di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.
  8. Hubungan Kepuasan kerja guru di Sekolah Beb. Kg. Nyior ; Satu kajian.
    
 
Tajuk 
Penguasaan Sifir Di Kalangan Murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu
Abstak
Kajian ini dijalankan kepada 34 orang murid Tahun 4 Musytari di Sekolah Kebangsaan Kompleks, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Sekolah ini mempunyai empat kelas Tahun 4 iaitu satu kelas 'elite' dan tiga kelas biasa. Tahun 4 Mi adalah salah satu kelas darpada tiga kelas biasa tersebut. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam sifir. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir seklai mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan sesuatu sifir.

Penyelidik : Shafie Awang          - Maktab Perguruan Kuala Terengganu
                  Ahmad bin Embong - Sekolah Kebangsaan Kompleks, Mengabang telipot
 

keatas
Masalah Penguasaan Kemahiran Asas Membaca Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Maras, 21030 Kuala Terengganu : Satu kajian Kes.
Objektif
Mengenalpasti masalah-masalah mengapa murid-murid tersebut tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca dan mengenalpasti komponen-komponen membunyi, mengeja, membaca dan menulis abjad kecil a-z dan abjad besar A-Z

Penyelidik : Mohamed Abdul Ghani b Hj. Ibrahim   - Maktab Perguruan Kuala Terengganu
                    Ahmad bin Othman                               - Maktab Perguruan Kuala Terengganu


keatas


Keberkesanan Tariqah Noor di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Abstrak
Kajian ini cuba meninjau dan memerhatikan sejauh mana tariqah noor mampu membantu menyelesaikan permasalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Sultan zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu ( SMASZA ). aspek-aspek yang dikaji adalah seperti berikut; tahap pemahaman pelajar tentang qawaid bahasa Arab menggunakan tariqah noor beserta peralatannya, tahap kemampuan teriqah noor meningkatkan motivasi pelajar terhadap mempelajaribahasa Arab dan kesediaan pelajar menggunakan sendiri tariqah noor dalam mengulangkaji pelajaran mereka. Kajian ini menekan pemerihalan pembolehubah yang menjadi persoalan kajian. 

Penyelidik : Noorhayati bt Hashim   - Maktab Perguruan Kuala Terengganu
 

keatas
Hubungan Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ayer Terjun, Jertih, Terengganu.
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan dan mengenalpasti sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Ayer Terjun, 22200 Jertih, Terengganu. Sebahagian besar komponen adalah berdasarkan kepada pendekatan model tingkahlaku yang diasaskan oleh Universiti Ohio State.Soal selidik komitmen disesuaikan dari model OCQ ( Organization Commitment Questionnaire ) manakala soal selidik prestasi dan kendiri murid disesuaikan daripada WES ( Work Environment Scale ). Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan faktor sumbangan guru dan kandungan program mempunyai hubungan negatif dengan prestasi murid, manakala komitmen ibubapa dengan prestasi murid mempunyai hubungan positif. Dapatan kedua yang ditemui adalah sumbangan guru dan program adalah tinggi kepada prestasi murid berbanding sumbangan ibubapa.

Penyelidik : Muhd Sidek b Said 
                    Baharuddin b Hussin  - Maktab Perguruan Kuala Terengganu

keatas


Penggabungjalinan Dan Kesepaduan Ilmu dan Kemahiran 
Dalam Pengajaran Sesuatu Subjek.
Abstrak
Salah satu isu yang sudah lama dianggap penting dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P) ialah kurang keperihatinan dan kecekapan untuk penggabungjalinan dan kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam pengajaran sesuatu subjek. Berhubung dengan ini maka satu kajian telah pun saya buat di Sekolah Kebangsaan Renek, Jerteh, Terengganu. Kajian ini telah melibatkan 22 orang guru sebagai populasinya, 318 orang murid sebagai pelengkapnya dan 14 orang guru diminta secara rawak untuk menjadi sampel kajian .

Penyelidik : Mohd Noor b Othman - Maktab Perguruan Kuala Terengganu

keatas

Keberkesanan Kaedah Pengajaran Gabungan Antara Pendidikan Jasmani 
Dan Muzik Secara Kolaboratif Ke atas Murid Tahun 6 
Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, 
Kuala Terengganu.
Abstrak
Setiap mata pelajaran tidak patut diabaikan. Ini adalah kerana semua mata pelajaran ada kebaikan dan keunikannya tersendiri. Mata pelajaran PJ dan Muzik adalah antara mata pelajaran yang sering diabaikan terutamanya kepada murid tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk memastikan mata pelajaran PJ dan Muzik tidak terabai, kajian tindakan kaedah pengajarn gabungan PJ dan Muzik secara kolaboratif khas untuk murid tahun enam dijalankan. Keberkesanan penagajarn ditinjau daripada sudut pedagogi. Lima belas responden terdiri daripada guru-guru SK Mengabang Telipot terlibat dengan melihat satu contoh pengajaran kaedah ini. Murid-murid tahun enam dan dua orang guru SK Mengabang Telipot yang mewakili panitia PJ dan Muzik adalah subjek ujian. Data-data dianalisis dengan mencari min. dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran ini ada keberkesanannya. Responden juga memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah ini. Dari hasil kajian tindakan ini kami syorkan kaedah pengajaran gabungan dan kolaboratif dipraktikkan, khasnya di SK Mengabang Telipot yang mempunyai prasarana dan peralatan serta kepakaran yang mencukupi. Kaedah ini merupakan satu alternatif pengajaran yang boleh dijalankan seiring dengan kerancakkan guru-guru tahun enam memberikan input-input untuk meningkatkan prestasi keputusan UPSR.

Penyelidik : Abu Zarin b Abu Bakar
                  Arif Fadilah b Othman   -  Maktab Perguruan Kuala Terengganu
 

keatas


Kajian Tentang Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pendidikan Matematik di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Pengenalan
Penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik merupakan satu daripada kemahiran yang diperkenalkan kepada sekolah rendah melalui kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR). Namun demekian didapati masih ada pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik yang melibatkan perkataan (words) yang memerlukan keupayaan memahami dan menterjemahkan fahaman mereka kepada bahasa Matematik ; walaupun masalah itu dikemukakan dalam bahasa percakapan mereka sendiri.

Penyelidik : Abdul Murad bin Zakariya
                  Jusoh bin Mohamad
                  Mohd Azemi bin Mohd Yusoff
                  Pauziah binti Mohd
                  Hindun binti Abdullah

keatas

Hubungan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Beb. Kg. Nyior ;
Satu kajian
Abstrak
Setiap organisasi sekolah adalah unik. Ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri terhadap faktor yang memberi kepuasan kerja terhadap pekerja-pekerjanya. Terdapat banyak kajian-kajian tentang kepuasan kerja yang telah di lakukan di sektor perkilangan. Oleh itu kajian tersebut di adaptasi untuk di lakukan di institusi sekolah.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang terdapat dalam dimensi kerja JDI ( Job Desciptive Index ) seperti bidang kerja, teman sekerja, peluang kenaikan pangkat serta penyeliaan terhadap tugas oleh penyelia mungkin menjadi faktor terhadap kepuasan kerja dalam organisasi sekolah terutamanya
di sekolah ini ke atas kepuasan kerja yang diukur melalui IJS ( Index of Job Satisfaction) serta untuk melihat perbezaan di antara ciri-ciri demografi dan latar belakang serta hubungannya ke atas kepuasan kerja.
Kajian ini telah dilakukan ke atas 15 orang guru Sek. Keb. Kg. Nyior, Paka untuk dengan menjawab soal selidik yang dibentuk yang mengandungi tiga bahagian iaitu Satu set soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A ( faktor demografi/latar belakang ), Bahagian B ( Job Descriptive Index ) dab bahagian C ( Index of Job Satisfaction ). data-data kajian dianalisis dengan peratusan dan korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor jantina, taraf perkhawinan dan pengalaman kerja mempunyai peratusan kepuasan kerja yang tinggi dan dimensi kerja mempunyai hubungan yang signifikan pada aras 0.01 ke atas kepuasan kerja guru.

Penyelidik : Mahian @ Nordin bin Ramli - Maktab Perguruan Pasir Panjang

keatas